Di sebalik Mie Naruto

Di sebalik Mie Naruto

Tuesday 16 April 2013

Sebabnya yang menyebabkan kita GAGAL semasa temuduga

Ada banyak faktor yang dilihat mampu menyebabkan kita tidak dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk dipilih.

Perkara paling mudah yang akan menyebabkan anda di 'REJECT' sebelum ditemuduga adalah ketika anda memasuki bilik temuduga. Dengan keterampilan yang salah, cara komunikasi yang tidak bagus serta bahasa badan yang lemah sudah boleh memberi anda markah yang sangat kurang.

Oleh itu, anda perlu ketahui dan belajar ilmu ini. Ingat pihak penemuduga adalah MANUSIA dan selagi ianya bernama manusia maka setiap tindakan dan keputusannya akan dipengaruhi oleh emosinya.

Jika awal-awal mereka tidak berkenan dengan anda maka jangan harap mereka akan tertarik dengan kepakaran anda yang lain. Inilah yang dinamakan 'First Impression'.

Dengan cara komunikasi yang lemah, anda telah mensiakan-siakan peluang terbaik untuk beritahu pihak penemuduga akan apa kelebihan diri anda dan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria pekerja yang mereka inginkan.

Gaya bahasa badan yang lemah dan kurang meyakinkan menyebabkan pihak penemuduga tidak yakin untuk mengambil anda bekerja.

Ini adalah sebahagian dari banyak lagi faktor yang menyebabkan anda GAGAL dalam sesi temuduga.

Inilah yang sering dibualkan tentang kenapa anda GAGAL dalam temuduga. Kebanyakannya gagal dalam beberapa saat sahaja bertemu dengan panel temuduga. 

First Impression amat penting. 2 - 3 saat pertama mereka melihat anda, mereka telah dapat agak apakah keputusan temuduga anda. Anda perlu ambil serius...jika nak berjaya!

No comments: