Di sebalik Mie Naruto

Di sebalik Mie Naruto

Tuesday 23 April 2013

UMRAH

perjalanan utk pergi umrah my mum dan abg mie serta kelurga nyer..

APRIL

1            : my parent naik bas kt tesco kul10 pagi untuk ke phg..
                kul7 malam selamat sampai kt kuantan.

2            : kul8 malam kaktie sekeluarga bertolak dari johor ke umh kak za kt bukit ibam,muadzam
                shah, sapa kul1 pg..

3            : kul10 pagi kak ngah sekeluarga pula bertolak dr jb ke umah kakza...sampai kul3 petang

4            : tarikh sebenar rombongan nk g umrah bertolak tetapi terpaksa ditunda ats sebab2 
                tertentu..
                semua yang ade kt umah kakza bertolak ke rumah baru kakza kt kuantan, umah dekat je
                nga pantai....so petang itu semua mandi manda di pantai..:)

6           : my dad bertolak balik ke kelantan, sampai kul7malam di kota bharu... aku yang baru je
               abis final exam kul5.15 petang perlu ambil my dad di kota bharu... Alhamdulillah
               sempat sampai walaupom  terlewat sepuluh minit...keluarga

7           :  penerbangan di kuantan terpaksa ditukar ke senai, johor...my mum dan abang mie
                (abg ipar)  keluarga nyer menaiki bas dr rompin ke johor bharu..kak tie dan
                kakngah balik ke jB dulu..
               kul3 petang semua selamat sampai di lapangan terbang senai....disitu berlaku
               drama air mata sebelum menaiki kapal terbang, aku anak lelaki tunggal yang baru 
               belum abis final xdapat turut serta dalam drama itu turut menangis seorang diri...
                sedih sebab xdapat hantar my mum...:(
               kul7 malam waktu malaysia rombongan bertolak ke Jeddah selama 8jam

8           : setelah sampai ke Jeddah mereka perlu menaiki bas ke Madinah selama 6jam..

11         : rombongan semua berada di Mekah dan semua selamat

17         : aku bersama ayah dan kak ida bertolak ke pahang tapi
               ak terpaksa menghadiri temuduga di pejabat SPA, kelantan...abis kul2 terus bertolak
               ke pahang untuk menyambut kepulangan rombongan umrah itu..kul1.30 pagi aku 
               sampai di muadzam shah...first time aku bawak kereta aku sejauh itu dan 
               xtukar pom pemandu....agak meletihkan tapi ak kuatkan jugak nak jumpa 
               my mum.

18         : kul2 petang rombangan umrah seramai 7buah bas sampai di lapangan terbang senai,
              selepas itu bertolak ke rompin...
               aku sekeluarga menunggu di masjid rompin dan rombangan sampai selepas
              aku selesai menunaikan solat maghrib disitu... selepas itu bergerak ke rumah 
              mok abang mie berdekatan dgn masjid itu..
               selesai makan malam disitu..aku sekeluarga bertolak balik ke rumah kakza..

19          : Alhamdulillah semua selamat setelah balik dari umrah...tapi my mum mengalami 
                 batuk2 dan lelah akibat perubahan cuaca 
              ...pagi itu aku hantar my mum ke klinik bukit ibam..

20          : bertolak ke rumah baru kakza...agak besar..nie pom first time aku dapat menjejaki
                kaki disini..
                aktiviti petang itu mandi pantai di belakang umh.... my mum still sakit lagi, kak
                 hantar ke klinik di kuantan...alhamdulillah dapat sembuh sikit daripada biase.

21          : my parent,ida nga i bertolak balik kelantan..pukul11 pagi bertolak
               kul4 berhenti di masjid kristal untuk solat zohor dan asar serta makan disitu
               ALHAMDULILLAH kul9.30 malam sampai di masjid kelaboran...my mum
              berhenti solat sunat  syukur dan solat isyak disitu....:)




           

Tuesday 16 April 2013

Sebabnya yang menyebabkan kita GAGAL semasa temuduga

Ada banyak faktor yang dilihat mampu menyebabkan kita tidak dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk dipilih.

Perkara paling mudah yang akan menyebabkan anda di 'REJECT' sebelum ditemuduga adalah ketika anda memasuki bilik temuduga. Dengan keterampilan yang salah, cara komunikasi yang tidak bagus serta bahasa badan yang lemah sudah boleh memberi anda markah yang sangat kurang.

Oleh itu, anda perlu ketahui dan belajar ilmu ini. Ingat pihak penemuduga adalah MANUSIA dan selagi ianya bernama manusia maka setiap tindakan dan keputusannya akan dipengaruhi oleh emosinya.

Jika awal-awal mereka tidak berkenan dengan anda maka jangan harap mereka akan tertarik dengan kepakaran anda yang lain. Inilah yang dinamakan 'First Impression'.

Dengan cara komunikasi yang lemah, anda telah mensiakan-siakan peluang terbaik untuk beritahu pihak penemuduga akan apa kelebihan diri anda dan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria pekerja yang mereka inginkan.

Gaya bahasa badan yang lemah dan kurang meyakinkan menyebabkan pihak penemuduga tidak yakin untuk mengambil anda bekerja.

Ini adalah sebahagian dari banyak lagi faktor yang menyebabkan anda GAGAL dalam sesi temuduga.

Inilah yang sering dibualkan tentang kenapa anda GAGAL dalam temuduga. Kebanyakannya gagal dalam beberapa saat sahaja bertemu dengan panel temuduga. 

First Impression amat penting. 2 - 3 saat pertama mereka melihat anda, mereka telah dapat agak apakah keputusan temuduga anda. Anda perlu ambil serius...jika nak berjaya!

Panduan Temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W17


Pada kali ini, tibalah giliran untuk kami kongsikan panduan temuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17. Pertama sekali, anda sebagai calon harus mempunyai idea tentang kadar persaingan bagi jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W17. Kenapa ianya penting? Pengetahuan kadar persaingan ini akan memberikan anda idea tentang berapa banyak usaha dan tenaga yang harus dicurahkan bagi mempersiapkan diri.

Usaha dan tenaga yang bagaimana? Ini bergantung kepada berapa banyak pesaing anda. Sekiranya tinggi, itu bermakna anda harus melengkapkan diri seteliti mungkin bermula daripada penyediaan resume yang menarik dan lengkap, asas temuduga perjawatan awam, pengetahuan khas berkenaan bidang tugas jawatan yang dipohon dan juga kemahiran menggunakan bahasa Inggeris.

Jadi kita mula dengan statistik pengambilan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 yang diambil daripada portal rasmi SPA. Jumlah permohonan yang diterima untuk mendapatkan jawatan ini adalah sebanyak 36 307, sementara calon yang terpilih untuk menjalani sesi temuuga adalah seramai 4 161 orang sahaja. Kalau berdasarkan jumlah kekosongan jawatan yang ada setakat ini yakni 220 tempat maka peratus peluang lulus setiap calon cuma setinggi 5.28% sahaja!

Ini adalah peratus peluang lulus yang amat rendah. Kadar yang baik adalah sekitar 30.00% (pada masa kini) dan ini tentulah bermakna usaha lebih mesti diambil untuk meningkatkan peluang anda lulus. Inisiatif perkongsian 4 panduan temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 kami di bawah diharapkan meninggikan sekurang-kurangnya lagi 5% - 10% kadar peluang lulus anda. InsyaAllah.

1. Penyediaan resume yang menarik dan lengkap

Biasanya, sesi temuduga memerlukan calon untuk menghantarkan resume bersama dengan dokumen asal dan salinan bagi kad pengenalan dan sijil-sijil akademik yang lain. Resume menjadi perkara wajib untuk setiap temuduga kerja sektor swasta. Namun, bagi sektor kerajaan seperti jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 ini, ia tidak semestinya tetapi elok juga jika disediakan awal-awal. Manalah tahu kalau-kalau ia dikehendaki di saat-saat akhir. Nanti kelam-kabut pula jadinya kan.

Untuk lebih pasti tentang keperluan penyediaan resume ini, sila berhubung dengan pihak SPA melalui talian telefon yang disertakan di dalam surat panggilan temuduga anda. Sekiranya ia memang diperlukan, resume yang disediakan hendaklah dalam format yang betul dan mencakupi keseluruhan keperluan yang dikehendaki. Untuk merujuk cara menulis resume yang betul, kami galakkan anda membaca Panduan Menulis Resume Diri Yang Komprehensif.

2. Asas temuduga perjawatan awam

Berita baik yang anda perlu ketahui mengenai sesi temuduga adalah terdapat bahagian-bahagian wajib di dalam temuduga yang jarang berubah dan stereotaip dalam di antara satu temuduga dengan temuduga yang lain. Jadi bahagian ini memang mudah untuk diskor sekiranya diketahui oleh para calon. Bahkan inilah salah satu daripada peluang anda untuk menaikkan lagi peratusan lulus untuk terpilih menjawat jawatan berkenaan.

Antara bahagian wajib yang disoal di dalam setiap sesi temuduga kerja kerajaan adalah seperti memperkenalkan diri, alasan memilih kerja kerajaan, kenapa anda layak diberikan jawatan ini dan beberapa soalan lagi. Untuk senarai lengkap soalan-soalan wajib temuduga kerja kerajaan dan juga skema jawapan yang sesuai, boleh rujuk Panduan Temuduga Kerja Kerajaan.

3. Pengetahuan khas berkenaan bidang tugas jawatan yang dipohon

Soalan seterusnya yang akan diajukan kepada para calon adalah berkenaan pengetahuan khas mengenai bidang tugas sebagai seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) W17. Pihak kami berani katakan, tidak lebih daripada 60% daripada calon yang dipanggil menyediakan diri di dalam bahagian ini. Ini juga peluang yang anda mesti rebut.

Sebagai seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) W17, anda seharusnya pernah mendengar 'Akta Acara Kewangan 1957', 'Arahan Perbendaharaan' dan 'Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor'. Cari dan baca kandungan 'Arahan Perbendaharaan' seperti di bawah:

a. Bab A

- Prosedur Kewangan.
- Kumpulan Wang Disatukan.
- Anggaran Hasil Dan Perbelanjaan.
- Pindah Peruntukan Dan Anggaran Tambahan.

b. Bab B

- Prosedur Perakaunan.

Bahagian I : Mengawal Terimaan, Bayaran dan Menyimpan Wang Awam

- Am.
- Terimaan.
- Bayaran.
- Panjar.
- Kebankrapan.
- Cek dan Draf.
- Peti Besi atau Bilik Kebal.

Bahagian II : Prosedur Perolehan Bekalan Perkhidmatan dan Kerja

- Am.
- Pembelian, Tender dan Kontrak.
- Perabot dan Kelengkapan Pejabat.
- Percetakan dan Alat Tulis.

c. Bab C Audit, Kehilangan dan Prosedur Hapuskira.

Baca juga kandungan 'Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor' yang merangkumi:

- Penerimaan Barangbarang.
- Tuntutan.
- Sistem Penyimpanan Stok.
- Pelupusan Barangbarang.
- Kawalan-kawalan Barang Tak Luak.

4. Kemahiran menggunakan bahasa Inggeris

Jangan tidak tahu, bahasa Inggeris juga diaplikasikan di dalam sesi temuduga kerja sektor awam. Berdasarkan perkongsian pembaca-pembaca blog ini rata-rata daripada mereka disuruh memperkenalkan diri dan menyatakan alasan memilih sektor awam di dalam bahasa Inggeris. Bahkan ada temuduga yang dijalankan 50% dalam bahasa Inggeris.

Jadi adalah menjadi satu hal kritikal untuk anda mempersiapkan diri dalam penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Untuk rujukan cara menguasai bahasa Inggeris yang cepat, barangkali Panduan Menguasai Bahasa Inggeris Dengan Pantas Ini anda boleh gunakan.

Lakukanlah persediaan terhadap hal-hal yang dibincangkan di atas. Kejayaan tidak datang dengan mudah. Ia mendambakan usaha dan persiapan yang rapi. Didoakan kejayaan anda dan selamat menduduki temuduga.

P/s: Sila kongsikan tips ini dengan rakan lain sekiranya anda rasakan ia bermanfaat.