Di sebalik Mie Naruto

Di sebalik Mie Naruto

Saturday 28 November 2015

Cara Qada Solat Yang Ditinggalkan




Soalan : Ustaz,saya nak tanya,macamana kita nak qada solat yang kita pernah tinggal dahulu,dan cara mengerjakannya..?

Jawapan :

Solat yang pernah ditinggalkan setelah baligh (bermimpi keluar air mani) wajib di qada. Cuba buat kiraan berapa banyak kita telah meninggalkan solat fardu. Kita boleh mengqada solat tak kira waktu jika ada masa maka tunaikanlah untuk membayar hutang kita kepada Allah SWT. Hutang ini akan ditanya di akhirat nanti jika kita enggan membayarnya semasa hidup di dunia. Contoh jika masuk waktu zohor setelah kita solat zohor bersama imam (solat berjemaah) selepas habis saja solat fardu maka kita solat qada zohor. Atau pun boleh juga kita solat qada zohor setelah muazin melaungkan azan zohor. Contoh niat solat qada : “Sahaja aku solat qada fardu zohor kerana Allah Taala”

Dalil perlunya solat qada yang pernah ditinggalkan masa remaja dulu : Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu tertidur atau lalai hingga lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya apabila teringat kerana Allah berfirman : Dirikanlah solat untuk mengingatiKu (Hadis Sahih Muslim)



Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa yang terlupa solat atau tertidur, maka hendaklah dia mengerjakan solatnya apabila teringat (atau setelah terjaga). (Hadis Sahih Muslim).

Hadis di atas menunjukkan bahawa WAJIB hukumnya qada solat walaupun terlupa… inikan pula solat yang ditinggalkan dengan sengaja.

Perkara ini telahpun mendapat ijma’ pendapat mazhab imam yang empat. tidak perlu dibahaskan lagi.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “‘Hutang kepada Allah terlebih utama untuk dijelaskan.”
(Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Ahmad,Abu Daud,at Tabrani,Baihaqi dan al Bazzar)


Qada solat yang ditinggalkan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun bukan waktunya. Misalnya di waktu malam kita nak qada solat 5 waktu (zohor, asar, magrib, isyak dan subuh). Atau qada ikut waktu-waktu solat conoh qada solat zohor pada waktu zohor setelah kita selesai solat zohor tunai.

No comments: