Di sebalik Mie Naruto

Di sebalik Mie Naruto

Friday 26 August 2011

siNgLe vs c0upLe


Assalamualaikum....alhamdulilah hari ini aku masih diberi peluang utk menikmati kehidupan di dunia yg sementara nie..sebagai seorang remaja yg baru mengenal erti hidup nie, kita tidak boleh lari drpd hawa nafsu kita utk mnyayangi antara satu same lain...cinta antara lelaki dgn perempuan...setiap org la definisi masing2 mengenai CINTA, bagi aku sendiri aku anggap cinta itu ialah jika tiba2 muncul perasaan syg dan kasih bila kita melihat gadis pujaan hati kita...mungkin ini hanyalah definisi cinta utk budak setahun jagung sepertiku ini...korang pom mesti ade definisi cinta masing2...


"Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri,
dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah"


Hari ini aku bukan mahu mengajar sesiapa soal cinta or apa2 yg akan ku taip kt bawah nie..., aku hanya mahu kongsikan pengalaman aku sendiri yang pernah melalui detik2 bercouple sebelum ini...biase la kt sekolah menegah perasaan ingin bercouple mesti ade...tengok orang lain ade pasangan.,kita pom msti nop ugok kn?


Remaja dan cinta
merupakan dua perkataan yg tidak asing lagi utk kita dengari, seperti isi dengan kuku...remaja dan cinta pom sama2, dua perkataan yg tidak dapat dipisahkan lagi.
Rasa cinta bertandang ke dalam jiwa tanpa diundang dan diminta.Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta perempuan, dan begitulah sebaliknya.Walaupun kekadang kita cube utk melawan perasaan tersebut, namun yg ajaibnya perasaan itu muncul juga..Mungkin nie hanya dilalui oleh diriku saja, dan mungkin korang ade pengalaman yg lain. Ape2pom pendapat utk remaja dan cinta ini, hanya diri kita saje yg dpat merungkai isi hati kita sendiri.




SINGLE VS COUPLE

Kenapa aku single dan kenapa aku bercouple, dua situasi berbeza dan yg aku tahu setiap org ade difinisi masing2 soal single dan couple....Ade orang ckap single is better, ade yg ckap couple la saat paling best.. Semua tu aku dah lalui dan yg pastinya 80% remaja sekarang telah lalui detik2 bercouple..
Bagi aku sendiri semasa couple itu la saat paling indah, sehinggakan kita lupa akan dunia luar..,biar la ape yg berlaku, kita dah xde mase utk fikirkan sebab difikiran kita hanya ade die,,,insan yg kita cintai itu....tp cinta remaja kekal ke??  atau lebih tepat lagi cinta monyet...aku hanya belajar dari pengalaman sebab org lain ade yg couple semggu dh ptus dan ade yg couple selama bertahun....Penjalanan couple itu berjalan lancar atau tidak semua tanggungjwab remaja itu sendiri.


"seorang yg sedang bercinta adalah seperti pemburu, jika yg dibiru mudah diperoleh , maka dia tidak mempedulikan hasil buruannya lagi"

Jiwa remaja (termasuk aku sekali) memerlukan cinta seperti tubuh kita memerlukan makanan, oleh kerana cinta itu fitrah tidak salah utk kita merasai dan menikmati cinta ini.
Ape yang aku kongsikn nie bukan utk mengalakkan remaja bercinta or tidak bercinta, cuma aku nak korang berfikir sendiri perlukah cinta semasa remaja nie...


Setelah melalui pengalaman ini, aku ade pendapat sendiri soal cinta...single bukan sebab aku rasakan single nie bebas or ape..tapi kita seharusnya belajar drpd pengalaman kita sendiri or pengalaman org lain yg boleh mendewasakan pemikiran kita. Aku pun belum cukup dewasa utk menasihati or mengajar org lain soal cinta.. Tapi ape yg aku tahu sekarang nie, remaja sekarang bercinta hanya berlandaskan nafsu..Aku sendiri belum cukup kuat utk lari drpd godaan nafsu itu...sbb itu aku cube elakkan diri drpd bercouple..
Aku tahu korang semua sudah dewasa utk bercakap soal ini...Nak bercouple boleh tapi
niat bercinta itu dulu perlu diperbetulkan..
99.9% manusia sekarang hanya mencari kecantikan utk dijadi sebab utk jatuh cinta, aku sendiri mengaku aku antara org yg seperti itu juga...Adakah kecantikan boleh menjamin perhubungan kita??? fikirkan la...cuba tanya isi hati kita...perlu ke kita bercinta sekarang, betul ke perasaan yg ade didalam hati kita sekarang...selami lah hati kita ini...

Cinta ini perlu ade peraturannya agar kita tidak terjebak ke dalam dunia yg penuh maksiat ini, ramai remaja sekarang tanpa segan silu berpegang tgn dikalayak ramai...Ini ke bangsa melayu yg kita inginkan...Aku hanya bagitahu ape yg aku sendiri nampak, memang manusia tidak lari drpd melakukan kesilapan..aku juga hanya manusia biase yg tidak terlepas drpd melakukan kesilapan ini. Ini berlaku kerana cinta kita kepada kekasih melebihi cinta kita kepada Allah. Oleh keran itu dengan mudah hukum Allah dilanggar semasa bercinta. Kerana cinta, Tuhan dilupakan?? inilah fenomena lumrah dalam masyarakat hari ini terutamanya di kalangan remaja. Cinta seolah- olah mengahalalkan segalanya. Itu menunjukkan cinta manusia lebih diutamakan drpd cinta Allah.





"perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik, dan lelaki yg baik adalah utk perempuan yg baik."





cinta
jika tepat pada masa, keadaan dan siapa.
cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada tandingan.

No comments: