Jodoh
Takde
siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita
fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa
eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu
rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan
yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang
kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari
sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang
solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah
ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.
Rezeki
Rezeki
pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya
tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah
berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham.
Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula
kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result
biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta,
ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita
boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila
kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam
kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti
berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada
kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang
kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu
bersyukur.
Ajal maut.
Sakit
bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada
yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang
ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan
yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan
menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa
sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar.
Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.
Santapan rohani hari ini
No comments:
Post a Comment