kita hanya akan
benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan
sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu
rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada
masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating
tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar
romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua
yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the
time & live happily ever after.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang
baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia..
realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan
hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal
dipersoalkan.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak
maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan
alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga
maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau
bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk
bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar,
mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak
meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur
kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing
berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh,
lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari
dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati
seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih
alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng
berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving
your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan
aman selagi anak masih kecil..
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa
susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan
selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari
sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab
kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu
tidak mudah!
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan
masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA
KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali
atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin..
Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah
kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan
dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah
kata... "cinta saja tidak cukup...."
No comments:
Post a Comment