Soalan : Ustaz,saya nak tanya,macamana kita nak qada
solat yang kita pernah tinggal dahulu,dan cara mengerjakannya..?
Jawapan :
Solat yang pernah ditinggalkan setelah baligh
(bermimpi keluar air mani) wajib di qada. Cuba buat kiraan berapa banyak kita
telah meninggalkan solat fardu. Kita boleh mengqada solat tak kira waktu jika
ada masa maka tunaikanlah untuk membayar hutang kita kepada Allah SWT. Hutang
ini akan ditanya di akhirat nanti jika kita enggan membayarnya semasa hidup di
dunia. Contoh jika masuk waktu zohor setelah kita solat zohor bersama imam
(solat berjemaah) selepas habis saja solat fardu maka kita solat qada zohor.
Atau pun boleh juga kita solat qada zohor setelah muazin melaungkan azan zohor.
Contoh niat solat qada : “Sahaja aku solat qada fardu zohor kerana Allah Taala”
Dalil
perlunya solat qada yang pernah ditinggalkan masa remaja dulu : Dari Anas bin
Malik ra, berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu
tertidur atau lalai hingga lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya apabila
teringat kerana Allah berfirman : Dirikanlah solat untuk mengingatiKu (Hadis
Sahih Muslim)
Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW
maksudnya : “Barangsiapa yang terlupa solat atau tertidur, maka hendaklah dia
mengerjakan solatnya apabila teringat (atau setelah terjaga). (Hadis Sahih
Muslim).
Hadis di atas menunjukkan bahawa WAJIB hukumnya qada
solat walaupun terlupa… inikan pula solat yang ditinggalkan dengan sengaja.
Perkara ini telahpun mendapat ijma’ pendapat mazhab
imam yang empat. tidak perlu dibahaskan lagi.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “‘Hutang kepada Allah
terlebih utama untuk dijelaskan.”
(Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Ahmad,Abu Daud,at
Tabrani,Baihaqi dan al Bazzar)
Qada solat
yang ditinggalkan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun bukan waktunya.
Misalnya di waktu malam kita nak qada solat 5 waktu (zohor, asar, magrib, isyak
dan subuh). Atau qada ikut waktu-waktu solat conoh qada solat zohor pada waktu
zohor setelah kita selesai solat zohor tunai.
No comments:
Post a Comment