Di sebalik Mie Naruto

Di sebalik Mie Naruto

Thursday, 16 February 2017

Ku Kunci Cintamu Di Kota Kinabalu

TRIP TO SABAH 4H3M (RM449)





Hari pertama (11hb FEb Sabtu)

- 8.20 pg bertolak dari KLIA ke Kota Kinabalu (KKIA) menaiki pesawat MAS

- sampai di KK pada pukul 11.00 pg, ambik kereta sewa, brekfes + lunch di bandar KK dan terus ke kundasang (Rm10)
- K.kinabalu ke Kundasang lebih kurang 2jam (elakkan memandu pada waktu malam, jalan agak mencabar dan berkabus), kos minyak kereta (rm40/4)
- OTW ke kundasang nanti akan jumpa masjid bandar KK, Rumah Terbalik (Rm10.60) dan boleh singgah di Jambatan Tampuri

-OTW ke kundasang dah boleh nampak G.Kinabalu kalau cuaca baik, dah boleh rasa cuaca sejuk.
- kami sempat singgah di Kinabalu Park (Rm3), view kt situ mmg terbaik waktu ptg dan boleh ke tempat mendaki 4km dr pintu masuk..boleh guna kereta.

 -kul6 lebih dah gelap sbb malam awal kt sini, kami menginap semalam di Rocky Mauntain Lodge (0198082909) (rm150/4) (ramai suggest di Ayana Hotel) suhu semasa 17’c
-makan mlm boleh cari di pekan Kundasang or Ranau, kepak ayam madu bakar menu yang perlu rasa bila sampai ke situ. (rm10)

Kos *10+10+10.60+3+10 =RM43.60

Hari kedua (12hb Sabtu) 
 
-bangun pagi dalam pukul6 -8, di Rocky view mmg terbaik sbb boleh nampak G.kinabalu dgn jelas sebelum berkabus.(rasa sejuk yg amat, mmg akan rasa xnak bgn tapi kene penuhi aktiviti yg dah list)
 -kami terus check out dan ke desa farm (rm5), tempat yg wajib singgap dgn view mmg terbaik ala2 di New Zealand, boleh tgk org perah susu lembu (xsempat sbb byk lagi xtvt.haha) dan mkn aiskrim (rm5.30)
-mkn tgh hari (rm10)di Pekan Kundasang, biasa ada pasar pg boleh beli macam2 disitu tapi makan sekali main golf (Tasha Restoren rm8/4 utk 20 biji bola) yang tak pandai main pom boleh try, view lawa untuk bergambar  

- lepas makan ke Kundasang War Memorial rm3.. sini tempat bersejarah zaman dulu, ade dalam buku sejarah PMR rasanya..hehe betul2 depan makan tadi.
-di pekan Kundasang boleh jln2 pasar sayur dan buah2 yg segar ala2 cameron, mcm2 jenis buah yg takde kat semenanjung ade jual kt situ dan kami terus ke Sabah tea, ladang Tea mcm kt Cameron,tea tarik Sabah Tea (rm5.30)

-Fish Spa (rm5), ikan kelah kita bleh letak kaki biar ikan main2 sambil buat rawatan spa kt kaki, mula2 mmg geli tapi siyesly best
 - dgn jarak 15km dari fish spa, terus ke Kolam Air Panas Poring (rm3), mcm2 ade dalam nie termasuk canopy walk tapi kami xsempat sbb kul4 dah tutup  
-otw balik dari Poring akan lalu Pekan Kundasang, boleh berhenti mkn kepak ayam utk kali terkahir or terus balik ke KK (Rm10)  dan isi minyak (rm40/4)
- di KK kami menginap di Promade Service Apartment (not suggest for family or gurl traveler) malam di KK boleh lepak tepi laut or Hard Rock Café di KK

*kos 5+5.30+10+2+3+5.30+5+3+10+10=Rm58.60

Hari ketiga (13hb isnin)

-bgn pagi dah tak sejuk di KK dan brekfes di Jetty Jesselton Point Waterfront(rm5), bot ke pulau start kul8.30..boleh pilih masa anda
  -kami ke dua pulau Sapi dan Manukan (rm43) student price with card matrik + rm5 for normal price
-sini byk pilihan kuanter, kami pilih Sunny Rainbow dgn service dyrg pom baik..kat pulau harga makanan mahal2, make sure sediakn air mineral dan roti
-mula2 akan ke pulau Sapi, view kt pulau mmg lawa + panas, pakai sunblock and take care,sy terpijak landak laut..sory guys spoil the mood, tenkiu kpd yg menolong J

-kami bertolak balik kul4 ptg dgn ombak bergelora. (kalau boleh balik awal dari pulau)
-balik ke bilik utk salin baju terus ke tepi laut yg ade I <3 KK dan ikan todak, boleh tgk matahari terbenam.

- makan mkn seafood sebelah tu je (Rm200/4) ikan, ketam, udang harimau dan sotong… selera kami BESAR..HAHA boleh jimat lagi.
-mcm2 kedai ade kt sini..tp kene dgn rasa org semenanjung katanya Kedai Haji Manja, kedai nie je biase ramai..kalau boleh pergi awal mybe lambat menunggu tapi berbaloi
 -lepas mkn boleh singgah di psar malam Philipino berdepan dgn psar Philippies dan biase nye harga lagi murah so mengapa bayar lebih, belilah dengan harga pasar malam..hehe
 - walaupom perut dan penuh dgn seafood, tapi durian kt sabah kene try gak

*kos 5+43+50 =RM98

Hari keempat (14hb selasa)

-brekfes di fc depan Giant kt KK tepi laut, view lawa ade kapal2 dan mknan pom sedap2 (rm10)
-lepas mkn kami bertolak ke Tuaran, perjalanan dalam masa 45minit dari KK. Kami ke Sabandar

Leisure Rides dan mase kami kesini belum ada entry fee. Boleh bergambar dgn kuda dan tempat nie ala2 tempat koboi di Europe.
-otw balik ke KK boleh singgah solat di masjid Bandar KK dan bergambar di tepi pntai depan dgn masjid ade deko ikan jerung. Isi minyak (rm5)
-kami singgah ke Pasar Philippines utk tgk ape2 lagi utk bawa balik utk family (Mutiara Jewellery,handicraff market, food, dry and frozen seafood sighteening)

-ptg terakhir di KK kami ke tanjung aru, ramai pelancong asing ke sini nak tgk matahari terbenam dan boleh makan mlm disini (rm10) sebelum ke airport.
-Alhamdulillah, setakat sini saja cerita kami, terima kaseh yg sudi membaca dan jika berguna bleh share kt keluarga dan kwn2.. J

*kos 10+10+5 = Rm25

Tiket flight bergantung kepada yang masa dan tarikh J
Sewa kereta perodua BEZZA (rm130 sehari *4) 130 person
Hotel kundasang 1 mlm  dan KK 2 mlm (150) +221) /4 = rm92.75 person
Kos makan ikut selera anda..harga agak mahal dari semenanjung, so bawak la mknan segera dr umah

TOTAL KOS = 130+93+44+59+98+25 =RM449

*nota kaki, tangan dan paru2
Sweater perlu bawa, sunblock utk ke pulau
Di KK ramai budak2 mintak derma, kalau boleh bg la ape yg trmampu, in sha Allah akan di tmbahkan rezeki
Sabah perlu ade dalam list kalau nak g bercuti

Awek sabah lawa2, kalau pergi dgn pkwe.. jage2 la pkwe anda ye.
Kos utk beli hadiah or buah tgn atas kemampuan anda.
Setiap sem duit pt msuk..rm200 kne masuk asb or tabung haji, so berjimat la klu xckup duit sampai ke habis sem tu. Puasa isnin n khamis dan kalau mkn kt kedai, minum air suam or air masak je.. tipscuti budak ptptn
Menabung dari 2013 lagi nak ke sabah, ternyata kini termakbul…haha kelakar kan
Kat mana pom kita berada solat jangan tinggal, In sha Allah..selamat bercuti J





Terima kaseh utk Sir Amin, Mr Fadhil dan Tuan Soleh menjadikan cuti nie terbaik utk 2017,tenkiu utk abe jak n abg imin tlg hantarkan kami ke airport dan tidak dilupakn utk keluarga dan kwn2 yang mendoakn perjalanan kami selamat pergi dan balik..


Kepada yang bawa kami jalan2 dan yang belanja makan..semoga dimurahkan rezeki dan dicepatkan jodoh